pengertian Islam (singkat)

Januari 22, 2008 at 2:33 am Tinggalkan komentar

Pengertian Islam

Pengertian Islam dari segi bahasa

Perkataan Islam berasal dari bahasa Arab (أَسْلَمَ يُسِلِمُ إِسْلاَمًا : aslama, yuslimu, islaman)

Aslama bermaksud serah diri dan tunduk taat[1], [2], [3], [4], [5], [6].

Pengertian Islam dari segi istilah (terminologi)

Islam adalah cara hidup.Cara bagaimana manusia perlu mengatur hidup mereka di atas dunia.Ia adalah agama wahyu yang diperturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW

melalui malaikat Jibril as.

Rukun Islam

Para ulamak menetapkan setiap umat Islam mestilah mematuhi 5 perkara asas dalam Islam yang dikenali ramai sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara:-

  1. Mengucap kalimah syahadah dan menerima bahawa Allah itu tunggal dan nabi Muhammad s.a.w. itu rasul Allah.
  2. Menunaikan solat lima kali sehari.
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan.
  4. Mengeluarkan zakat.
  5. Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu.

Amalan seseorang Islam

  1. Mengucap Bismillah, pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
  2. Mengucap Alhamdulillah, pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
  3. Mengucap Astagfirullah, jika lidah terselit perkataan yang tidak patut diungkapkan.
  4. Mengucap Insya Allah, jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
  5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah ,jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
  6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun, jika menghadapi dan menerima musibah.
  7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah, sepanjang siang & malam sehingga tak terpisah dari lidahnya,mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat, mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi kebiasaan.

Entry filed under: Aqidah. Tags: .

sejarah Nabi Muhammad Saw HUKUM SANDIWARA ISLAMI DAN NASYID ISLAMI

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Januari 2008
S S R K J S M
     
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

%d blogger menyukai ini: